top of page

Langgar syarat lesen, bot pukat tunda ditahan bersama 700 kg ikan

nabalunews

22 Oktober 2024


KOTA KINABALU: Sebuah bot pukat tunda yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di kedudukan 1.2 batu nautika Barat Laut Tanjung Kunit, Pulau Usukan, Sabah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.


Tangkapan tersebut kerana melanggar syarat sah lesen iaitu disyaki menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang dari tiga batu nautika dari daratan, baru-baru ini.


Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik memaklumkan bot peronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rutin operasi rondaan telah menahan sebuah bot pukat tunda hasil pemantauan berterusan dan laporan yang diterima daripada Pusat Pengawasan Laut Maritim Negeri Sabah (SWASLA).


Katanya hasil pemeriksaan ke atas bot mendapati juragan bersama lapan orang awak-awak warganegara Indonesia turut melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.


Che Engku Suhaimi berkata bot beserta tangkapan ikan yang dianggarkan seberat 700 kilogram telah ditahan bersama-sama kru bot seterusnya diiring ke Jeti Maritim Malaysia, Sepanggar untuk siasatan lanjut.


Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM1.6 juta.


Che Engku Suhaimi turut memaklumkan, SWASLA sering memantau kawasan

tumpuan bagi mengesan bot-bot nelayan yang ingkar dan mengabaikan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.


Bagi mengekang aktiviti ini daripada berleluasa, beliau menyeru kepada orang awam khususnya komuniti maritim untuk terus menyalurkan sebarang maklumat sekiranya terdapat apa-apa aktiviti yang mencurigakan untuk tindakan segera.


Katanya sebarang maklumat dan aduan, boleh disalurkan ke Pusat Operasi

Maritim Negeri Sabah di talian 088-270165 atau talian kecemasan 999 bagi maklumbalas segera.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page