top of page
  • nabalunews

Lawatan tapak pembinaan dewan terbuka di Kampung Lahanas


4 September 2024


KOTA BELUD: Satu lawatan tapak telah diadakan di Kampung Lahanas, di sini untuk meninjau perkembangan pembinaan sebuah dewan terbuka di kampung tersebut.


Lawatan oleh Pemaju Mukim N11 Kadamaian, Clarence Somuil bersama dengan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lahanas Siba, Kedua Darisoh, bertujuan untuk memastikan projek tersebut berjalan mengikut jadual dan mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.


Clarence dan JKKK Kampung Lahanas berharap projek ini dapat disiapkan dalam tempoh yang dirancang.


Dewan terbuka ini mempunyai keluasan 2,000 kaki persegi dan ketinggian 18 kaki.


Pembinaan dewan ini telah diluluskan melalui peruntukan sebanyak RM50,000 yang disalurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Pembinaan dewan ini dijangka memberikan manfaat besar kepada penduduk Kampung Lahanas, sebagai tempat untuk pelbagai aktiviti masyarakat termasuk majlis perkahwinan, mesyuarat dan acara kebudayaan.

Comments


bottom of page