top of page
Writer's pictureMarryan Razan

Lebih 1 juta rakyat Sabah sudah divaksin sehingga hari ini



Gambar Hiasan

7 Ogos 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Seramai 1,002,452 individu di Sabah telah menerima suntikan vaksin bagi Fasa 2 Dos 1 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), sehingga hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pada hari ini 34,997 suntikan baharu dibuat bagi Fasa 2 Dos 1.


“Bagi Dos 2 Fasa 2 pula, 12,205 suntikan baharu harian dibuat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 390,238 orang.


“Setakat hari ini, tiada suntikan baharu dibuat bagi Fasa 1 Dos 1 PICK menjadikan jumlah kumulatif kekal sebanyak 67,164 orang.


“Begitu juga dengan Fasa 1 Dos 2, tiada suntikan baharu dibuat pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kekal sebanyak 58,575 orang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, program vaksinasi berjalan lancar dan kelmarin Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memberi (administer) 48,195 dos vaksin kepada rakyat yang layak.


“Kita mengharapkan bekalan vaksin yang banyak dan tidak terputus akan terus kita terima bagi membolehkan JKNS mempertingkat dan mempercepatkan gerakan vaksinasi di Sabah,” katanya.


Mengenai pendaftaran penerima vaksin, beliau berkata, seramai 11,288 individu mendaftar pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif yang mendaftar sebanyak 1,261,894 atau 45.8 peratus daripada jumlah populasi di negeri ini.


“Kebanyakan mendaftar melalui Mysejahtera iaitu sebanyak 1,178,382, Laman Web (83,233) dan Talian Vaksinasi sebanyak 279 individu.



Comments


bottom of page