top of page

Lebih 120,000 murid Tahun 1 belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), perlu program intervensi

  • nabalunews
  • Sep 9, 2024
  • 1 min read


ree

9 September 2024


PUTRAJAYA: Seramai 122,062 murid Tahun Satu sesi persekolahan 2024/2025 dikenal pasti belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan perlu mengikuti program intervensi.


Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, berkata angka itu mewakili 27.5 peratus daripada keseluruhan 44,113 murid Tahun Satu yang berdaftar di sekolah seliaan Kementerian Pendidikan (KPM).


Beliau berkata, seramai 62,928 daripada keseluruhan murid yang perlu mengikuti program intervensi belum menguasai literasi dan numerasi di tahap penguasaan minimum, iaitu Tahap Penguasaan 1.


Manakala 45,465 murid dikenal pasti belum menguasai literasi dan 13,669 murid belum menguasai numerasi, lapor Berita Harian.


"Program intervensi ini dijalankan selama tiga bulan mulai Ogos lalu selepas murid berkenaan menjalani proses saringan yang dibuat sebulan sebelumnya.


"Jumlah murid yang ditempatkan bagi sesebuah kelas (intervensi) bergantung kepada kesesuaian diatur pihak sekolah dan guru.


"Guru akan mengetahui tahap kompetensi dan pencapaian murid dalam aspek literasi dan numerasi atau kedua-duanya.


"Kebiasaannya di sekolah, kumpulan lebih kecil adalah lebih baik dan mudah untuk murid diberi bimbingan bagi memastikan mereka lebih kompeten," katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page