top of page
nabalunews

LEBIH 125,000 BAKUL MAKANAN TELAH DIAGIHKAN DI 27 DAERAH DI SABAH – SHAHELMEY


3 Nov 2020

KOTA KINABALU: Sebanyak 125,847 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan memerlukan di 27 daerah di seluruh negeri sehingga hari ini, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Ir Shahelmey Yahya.

Shahelmey dalam kenyataan berkata pengagihan bakul makanan itu membabitkan Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau dan Tambunan.

Pengagihan bakul makanan itu turut dijalankan di Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod.

Kelmarin, sebanyak 8,159 bantuan bakul makanan telah diagihkan di 13 daerah, katanya.

Daripada jumlah itu, sebanyak 4,598 bakul makanan telah diagihkan di Semporna, diikuti Sandakan (2,084), Tuaran (913), Kunak (150), Ranau (145), Nabawan (81), Kinabatangan (60), Lahad Datu (40), Papar (36), Tongod (20), Kota Kinabalu (15), Telupid (10) dan Putatan (7), katanya. – Bernama

Comments


bottom of page