top of page
Wartawan Nabalu News

LEBIH 280,000 BAKUL MAKANAN DIAGIHKAN DI SELURUH SABAH



8 DIS 2020


KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat telah mengagihkan sebanyak 283,603 bakul makanan (food basket) kepada 27 daerah di Sabah setakat, kelmarin.


Menterinya Ir.Shahelemy Yahya berkata, daerah-daerah itu ialah Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod.


“Sebanyak 1,390 bantuan bakul makanan diagihkan kelmarin melibatkan sembilan daerah iaitu daerah Kota Kinabalu (193), Beluran (92), Ranau (33), Putatan (21), Papar (145), Penampang (242), Beaufort (521), Tenom (4) dan Kota Marudu (139),” katanya.


Beliau berkata agihan bantuan makanan itu akan diteruskan untuk membantu penduduk yang memerlukan.

Comments


bottom of page