top of page
nabalunews

Lelaki cedera kenderaan terbalik akibat kemalangan


5 Oktober 2024


TUARAN: Seorang lelaki cedera apabila kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum terbalik dalam kejadian di Jalan Tamparuli Ranau berhampiran Kampung Togop, pagi tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohammad Nor Amit berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 10.39 pagi.


Katanya sepasukan 9 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 21 kilometer dari balai.


"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga FLX telah terbabas lalu terbalik ke tepi jalan.


"Dilaporkan terdapat seorang mangsa lelaki berusia 53 tahun mengalami kecederaan dan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut beliau, pasukan bomba bertindak memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi dan memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum dihantar ke Hospital menaiki jentera EMRS bagi menerima rawatan lanjut.


Operasi bomba ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.37 pagi.

Comments


bottom of page