top of page

Lelaki cedera ringan dalam kemalangan dua kereta di Tamparuli

  • nabalunews
  • May 25
  • 1 min read

25 Mei 2025


TAMPARULI: Seorang lelaki berusia 52 tahun mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan jenis Proton Persona yang bertembung dengan Toyota Hiace di Kg Kapa, Tamparuli, pada petang Jumaat.


Menurut laporan, kejadian berlaku pada pukul 7:10 malam dan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran tiba di lokasi kejadian pada pukul 7:34 malam.


Komander Operasi, PBK II Norkizan Durudin, berkata seorang mangsa yang terperangkap dalam kenderaan telah berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba.


Mangsa seterusnya diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS Bomba sebelum diserahkan kepada pihak ambulans APM untuk tindakan lanjut.


Fasa operasi untuk memastikan tiada lagi bahaya berlarutan tamat pada jam 8:13 malam. Kejadian itu turut melibatkan agensi lain seperti PDRM, APM, dan KKM.


Mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut dilaporkan cedera ringan. Pihak berkuasa mengesahkan bahawa tiada lagi ancaman keselamatan selepas operasi selesai.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page