Lelaki Cuba Rogol Kanak-Kanak Ditahan
- nabalunews
- Apr 8
- 1 min read

8 April 2025
TAWAU: Seorang lelaki ditahan orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak polis selepas disyaki terlibat dalam kejadian cubaan merogol kanak-kanak di bandar Tawau, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jamsin Hussin berkata, bertindak atas aduan awam, suspek ditahan polis peronda dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.
Katanya, suspek pada awalnya ditangkap oleh orang awam selepas didakwa berkelakuan tidak senonoh dan mencurigakan.
“Setibanya dilokasi, suspek yang berjaya ditangkap orang awam diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Siasatan awal mendapati, suspek berusia 31 tahun dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, pemeriksaan terhadap tubuh badan suspek tidak menemui sebarang kesalahan.
“Suspek kemudiannya dibawa balik ke IPD Tawau untuk ditahan reman bagi siasatan mengikut Seksyen 15(a)(2) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak,” katanya.
Comments