top of page

Lelaki dikehendaki kerana ugut sebar gambar privasi lelaki lain berjaya ditangkap

  • nabalunews
  • Jun 16
  • 1 min read

Lelaki ditangkap kerana disyaki melakukan pemerasan dengan mengugut menyebarkan gambar privasi seorang lelaki lain.
Lelaki ditangkap kerana disyaki melakukan pemerasan dengan mengugut menyebarkan gambar privasi seorang lelaki lain.

16 June 2025


TAWAU: Seorang lelaki dikehendaki kerana disyaki mengugut hendak menyebarkan gambar privasi seorang lelaki lain di Selangor, dua tahun lepas, berjaya ditangkap polis Tawau, semalam.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek, 31, ditahan sekitar jam 10.30 pagi di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau selepas berjaya dikesan.


Katanya, suspek yang mempunyai dua rekod kesalahan lampau sebagai orang dikehendaki di Balai Polis Ranau dan Balai Polis Gombak, ditangkap untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.


Menurutnya, dalam kes pemerasan itu, mangsa, 29, merupakan seorang pekerja kantin sekolah di Gombak dikatakan menerima mesej dari seorang pemilik akaun Telegram yang mengatakan mempunyai gambar privasinya pada 7 November 2023.


"Suspek mengugut akan menyebarkan gambar mangsa sekiranya tidak memberikan wang RM500, lalu mangsa memasukkan jumlah tersebut ke dalam akaun milik suspek.


"Keesokan harinya (8 November 2023) sekitar jam 8 pagi, suspek sekali lagi meminta mangsa memasukkan wang RM500 dan mangsa pun berbuat seperti diminta,"katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Kemudian pada hari yang sama sekitar jam 12 tengah hari, suspek sekali lagi meminta mangsa memasukkan wang RM2, 000 ke dalam akaunnya, namun, mangsa tidak melakukannya.


Tindakan mangsa menyebabkan suspek marah dan berkata akan menyebarkan gambar mangsa kepada umum.


"Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di IPD Gombak untuk tindakan polis selanjutnya,"katanya lagi.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page