top of page

Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Kalabakan

  • nabalunews
  • Oct 28, 2024
  • 1 min read

28 Oktober 2024


TAWAU: Ikan yang mahu dipancing, buaya pula yang muncul. Seorang lelaki berusia 36 tahun, hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di sungai Ladang Palm Rides, Kalabakan, semalam.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, maklumat berkenaan kejadian itu diterima daripada Balai Polis Kalabakan, jam 7.24 malam semalam.


Katanya sepasukan 5 pegawai dan anggota dari BBP Tawau dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 105 kilometer dari balai.


Gerakan mencari mangsa turut dibantu 10 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Merotai dan PBS Kalabakan, polis, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung.


Katanya, menurut maklumat awal daripada pemanggil iaitu saksi melihat mangsa dibaham buaya ketika memancing di sungai.


“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan kira-kira jam 8 pagi tadi.


“Pasukan bomba bersama agensi penyelamat lain menjalankan SAR dengan radius 3.2 kilometer dari lokasi mangsa dikhuatiri dibaham buaya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Beliau berkata, mangsa masih belum ditemui dan operasi ditangguhkan jam 7.55 malam tadi dan akan disambung esok.


“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page