top of page

Lelaki dikhuatiri hilang ketika memancing

  • nabalunews
  • Feb 17
  • 1 min read

17 Februari 2025


SEMPORNA: Seorang lelaki berusia 33 tahun dilaporkan hilang di kawasan tepi laut Kampung Bukit Lalang ketika melakukan aktiviti memancing petang semalam.


Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7:15 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna tiba di lokasi pada jam 7:37 pagi.


Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dilancarkan dengan bantuan BBP Atas Air dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).


“Kehilangan mangsa disedari oleh ahli keluarganya setelah beliau tidak pulang sejak semalam.

Mereka yang mencari di lokasi menemui kereta dan joran mangsa berhampiran jambatan Kampung Bukit Lalang, namun mangsa tidak kelihatan.


“Operasi SAR hari pertama dijalankan dengan kaedah pencarian di permukaan air, namun mangsa masih belum ditemui.


“Operasi ditangguhkan pada jam 5:31 petang dan akan disambung semula esok. Pihak berkuasa akan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa,” kata Bomba Sabah.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page