top of page
nabalunews

Lelaki disyaki pukul bekas isteri hingga cedera ditahan polis

22 Disember 2024


Oleh: Wartawan Nabalu News 


TAWAU: Seorang lelaki yang disyaki memukul bekas isterinya hingga cedera di sebuah rumah di Batu 2, Jalan Apas, di sini, Khamis lalu, ditahan polis, semalam.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata suspek warga tempatan, berusia 40an, ditahan di hadapan sebuah restoran di Batu 5, Jalan Apas di sini sekitar jam 2.20 petang semalam.


"Suspek berjaya dikesan dan ditangkap sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, susulan laporan polis dibuat mangsa, 30an," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Dalam kejadian itu, katanya, mangsa mengalami luka di hidung dan lebam di pipi akibat dipukul oleh bekas suaminya.


Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian kira-kira jam 8 malam di sebuah rumah itu, berpunca daripada  perselisihan faham di antara pasangan terbabit.


Jasmin berkata, suspek ditahan untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 323/326 Kanun Keseksaan.

Comments


bottom of page