top of page

LELAKI DITIKAM TERIMA ENAM JAHITAN SELEPAS TEGUR RADIO DIPASANG KUAT

nabalunews


20 Nov 2020


KOTA KINABALU: Seorang pembantu perkapalan menerima enam jahitan akibat ditikam di bahu hanya kerana menegur radio yang dipasang kuat oleh suspek di Pelabuhan Sepanggar di sini.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata kejadian berlaku semasa mangsa berumur 27 tahun duduk bersama lima rakannya kira-kira jam 2 pagi semalam.


“Salah seorang daripada rakan mangsa kemudiannya mempelawa suspek yang berada di atas kapal untuk menyertai mereka di meja itu.


“Tidak lama kemudian suspek datang membawa radio yang dipasang dengan lagu kuat sebelum mangsa menegur suspek agar memadamkan radio berikutan bunyi bising,” katanya.


Habibi berkata suspek kemudiannya naik ke atas kapal sebelum kembali ke meja itu dengan memegang sebilah pisau dan menikam mangsa di bahagian belakang bahu sebelah kiri lalu melarikan diri.


“Mangsa yang cedera segera dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas oleh rakannya.


“Disebabkan tikaman itu mangsa menerima enam jahitan bagaimanapun mangsa berada dalam keadaan stabil,” katanya.


Menurutnya suspek sudah dikenalpasti dan usaha mengesan suspek giat dijalankan.


Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya. – Utusan Borneo

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page