top of page

Lelaki hilang, dikhuatiri dibaham buaya di Kota Marudu, belum ditemui

  • nabalunews
  • Sep 14, 2024
  • 1 min read

14 September 2024


KOTA MARUDU: Seorang lelaki yang hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika sedang mandi-manda bersama anak saudaranya di sebuah sungai di Kampung Marudu Darat, Jalan Ranau-Ranau, di sini, sejak Rabu lalu masih belum ditemui dan gerakan mencari akan disambung semula pagi esok selepas dihentikan jam 6 petang semalam.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Hasbi Hajat berkata gerakan mencari mangsa yang dikenali Razis Amat, 35, ditangguhkan jam 6 petang semalam.


Katanya operasi mencari siang tadi yang masuk hari ketiga melibatkan 10 anggota bomba menggunakan 2 bot dibantu 52 anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Hidupan Liar dan orang awam.


Operasi mencari yang bermula 8.15 pagi tadi bermula dari lokasi mangsa disambar buaya dengan radius pencarian 3 kilometer dari lokasi mangsa dibaham buaya.


Bagaimanapun mangsa masih belum ditemui.


Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 6.07 petang, 11 September lalu.


“Menurut maklumat awal dari pemanggil, terdapat dua mangsa melakukan aktiviti mandi manda di sungai berkenaan.


“Seorang mangsa remaja berusia 17 tahun selamat manakala seorang lagi berusia 35 tahun dikhuatiri dibaham buaya,” katanya.


“Setakat ini mangsa belum ditemui dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page