top of page

LelakI maut selepas kereta langgar paip air

  • nabalunews
  • Sep 15, 2024
  • 1 min read

15 September 2024 

Oleh Wartawan Nabalu News 


TAWAU: Seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya, maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sendiri lalu melanggar paip air di Jalan Ranggu, tengah malam tadi.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, mangsa berusia 42 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan bertugas.


"Siasatan awal mendapati nahas berlaku jam 12.15 pagi (hari ini) ketika mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Perwira dari arah Kg Cina Ranggu,"katanya.


Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Bezza dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kanan bahu jalan lalu melanggar paip air.


Akibatnya, kereta dipandu mangsa mengalami kerosakan teruk, namun, kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan atau individu lain.


Jasmin berkata, siasatan kes di teruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin bin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 12.44 tengah malam.


Katanya sepasukan 10 pegawai dan anggota dari BBP Tawau dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 20 kilometer dari balai.


"Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza terbabas sendiri dan terjatuh ke dalam longkang.


Terdapat seorang mangsa lelaki terlibat berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum jentera tiba dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


"Pasukan bomba bertindak memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud dan mangsa diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.


Operasi bomba ditamatkan jam 1.53 pagi.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page