top of page

LELAKI MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK DI LABUAN

  • nabalunews
  • Jan 13, 2021
  • 1 min read

13 JAN 2021


LABUAN: Seorang lelaki berusia 26 tahun maut akibat terkena renjatan elektrik berhampiran sebuah jambatan kayu di perkampungan setinggan atas air Saguking di sini lewat malam tadi (12 Jan).


Lelaki itu, seorang penduduk tetap Malaysia, ditemui tidak sedarkan diri oleh seorang penduduk kampung yang lalu di jambatan itu dan terus memaklumkan kepada polis.


Pemangku Ketua Polis Labuan DSP Mohd Ibrahim MohdGhani berkata, polis masih menjalankan siasatan mengenai kejadian tersebut.


“Kami menerima laporan pada 2.56 pagi mengenai penemuan mayat itu. Apabila diperiksa, kami menemui satu kebakaran semak telah berlaku berhampiran tempat kejadian dan lelaki itu telah disahkan terkena renjatan elektrik selepas satu post mortem dilakukan ke atasnya,” katanya kepada Bernama. – Bernama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page