top of page

Lelaki mengamuk di Sandakan, lima mangsa cedera

  • nabalunews
  • Jan 3
  • 1 min read

Tangkap layar lelaki itu dan lokasi kejadian menerusi salah satu video awam yang tular.
Tangkap layar lelaki itu dan lokasi kejadian menerusi salah satu video awam yang tular.

3 Januari 2025


SANDAKAN: Seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun mengamuk dan mencederakan lima orang mangsa di sebuah restoran di Batu 3, Sandakan pada jam 9.11 pagi tadi (Jumaat).


Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek, menerusi satu kenyataan berkata, sejurus menerima panggilan pihak peronda telah ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap suspek serta mententeramkan keadaan.


Jelasnya, hasil siasatan awal Polis mendapati suspek yang bersenjatakan parang dan tukul itu telah datang ke kedai makan berkenaan dan dengan tiba-tiba menyerang mangsa yang berada di dalam restoran tersebut.


Mangsa yang cedera terdiri dari 2 lelaki dan 3 perempuan berusia lingkungan 34-63 tahun yang dalam keadaan stabil kemudian dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk rawatan selanjutnya.


"Sementara suspek yang tidak mengalami sebarang kecederaan telah dibawa  ke Balai Polis untuk siasatan." Jelasnya.


Abdul Fuad berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis berterima kasih atas maklumat awal diberikan berkaitan kejadian berkenaan.


Sementara itu, kejadian berkenaan juga tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp sejak pagi Jumaat. 




Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page