top of page

Lelaki sembunyi senapang angin buatan sendiri ditangkap di Kalabakan

  • nabalunews
  • Jun 4
  • 1 min read

Tangkapan suspek memiliki senapang angin buatan sendiri di Kalabakan
Tangkapan suspek memiliki senapang angin buatan sendiri di Kalabakan

4 June 2025


KALABAKAN: Seorang lelaki warga asing ditahan dalam serbuan di kawasan Felda Tengah 2 selepas disyaki memiliki selaras senapang angin buatan sendiri yang disembunyikan di rumahnya, semalam.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 39 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Kalabakan hasil maklumat dan risikan.


Katanya, polis tidak menemukan sebarang barang salah semasa pemeriksaan fizikal ke atas suspek, namun, lelaki itu didapati gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah selepas disoal siasat.


“Manakala, selaras senjata api jenis senapang angin buatan sendiri berjaya ditemukan di dalam rumah suspek, hasil pemeriksaan lanjut dengan dipandu arah oleh suspek.


"Senjata itu dirampas sebagai langkah pencegahan jenayah dan keselamatan,"katanya dalam kenyataan media hari ini.


Jasmin berkata, kes itu kini disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Tawau di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.


Sementara itu, beliau menasihatkan orang awam agar menyalurkan sebarang maklumat dan kegiatan mencurigakan di kawasan mereka, termasuk pemilikan senjata api buatan sendiri.


Katanya, polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang didapati memiliki senjata api tanpa lesen.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page