top of page

Lelaki Terjun Sungai Dikhuatiri Lemas

  • nabalunews
  • Jun 29
  • 1 min read

29 Jun 2025


KINABATANGAN: Seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjun ke Sungai Kinabatangan berhampiran Kampung Bilit, Sukau, dikhuatiri lemas.


Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Zulkarnain Yusop, 42, masih gagal ditemui dan usaha mencari masih sedang giat dijalankan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan, Hairi Utoh, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 9.12 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai terus digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 60 kilometer dari balai menggunakan pacuan empat roda.


“Berdasarkan maklumat pemanggil, mangsa dilihat terjun ke sungai dan tidak timbul semula. Usaha mencari cuba dilakukan namun masih gagal menemui mangsa.


“Pasukan operasi kemudian menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan kaedah pencarian permukaan air di kawasan mangsa hilang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi SAR masih diteruskan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page