top of page

Lelaki warga emas hilang seminggu ditemui lemas di Kota Marudu

  • nabalunews
  • Dec 8, 2024
  • 1 min read

8 Disember 2024


KOTA MARUDU : Misteri kehilangan seorang lelaki warga emas di sini, sejak seminggu lalu akhirnya terjawab apabila mangsa ditemukan lemas di Sungai Kampung Tambun, pada Sabtu.


Mayat Pencen Gundiar @ Pyron, 69, ditemui jam 5.30 petang, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Mohd Hasbi Hajat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.30 pagi Sabtu.


Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dari Sungai Tambun menyelusuri Sungai Bandau dengan kaedah pencarian di permukaan air menggunakan bot penyelamat.


"Mangsa ditemui pada jam 5.35 petang oleh orang awam tepi sungai, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurutnya, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya jam 5.36 petang.


Terdahulu, Pencen dikatakan keluar dari rumah pada 1 Disember lalu dan disedari tidak pulang ke rumah selepas tiga hari.


Keluarga mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Marudu sebelum anggota polis membuat pencarian awal di sekitar kampung berkenaan, disusuli bantuan pihak bomba.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page