Lima Cedera Kemalangan Di Kampung Molong Kolong
- nabalunews
- Jun 2
- 1 min read

1 Jun 2025
KUDAT: Lima individu membabitkan pemandu dan penumpang kereta Perodua Myvi cedera selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah lori 10 tan di Jalan Kampung Molong Kolong, Matunggung, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, seorang daripada mangsa dilaporkan tersepit dan terpaksa dikeluarkan pasukan bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Darickson Galanang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 8.28 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.
“Setiba di lokasi, kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Perodua Myvi dan lori 10 tan serta melibatkan enam mangsa.
“Seorang mangsa dilaporkan tersepit di dalam kereta Perodua Myvi sebelum berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, empat lagi mangsa dikeluarkan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum jentera tiba.
Katanya, semua mangsa cedera diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan pegawai perubatan.
“Semua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kudat menggunakan EMRS dan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi ditamatkan pada jam 9.51 pagi,” katanya.


















Comments