- nabalunews
LIMA PESERTA SUGANDOI KAAMATAN DAERAH TELUPID BERENTAP DI PUSINGAN AKHIR KHAMIS INI (29 APRIL)
27 April 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
TELUPID: Seramai lima daripada 17 peserta Sugandoi Kaamatan peringkat daerah Telupid akan berentap di pusingan akhir pertandingan itu pada Khamis ini (29 April), di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Telupid.
Lima peserta yang berjaya ke peringkat akhir ialah Victor Philip Rundi mewakili Kampung Gading, Afdin Abdul Gani @ Ejul mewakili Kampung Buis, Aminah Naim mewakili Kampung Berayung, Jovinia Umjin wakil Kampung Bauto dan Quadra Akin akan mewakili Kampung Taviu.
Johan sugandoi peringkat Daerah Telupid akan mewakili daerah itu ke Pertandingan Sugandoi Peringkat Negeri pada hujung Mei ini di KDCA.
Pengerusi Sugandoi Daerah Telupid Tommy Amir berkata, pertandingan Sugandoi peringkat akhir Daerah Telupid 2021 akan diadakan Khamis ini bermula jam 9 pagi sempena sambutan Pesta Kaamatan Peringkat daerah itu.
“Bagi Sugandoi Dazanak (Kanak-Kanak) pula, Adik Fifi Sherylyn Kimin mewakili Kampung Kopuron berjaya menambat hati juri untuk mewakili Telupid ke Peringkat Negeri.
“Uji bakat Sugandoi Dazanak adalah julung kalinya diadakan di daerah ini disertai sembilan peserta,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Tommy turut berterima kasih kepada Pejabat Daerah Telupid, Majlis Daerah Telupid, Pejabat Pendidikan Daerah Telupid dan penaja Kedai Paul Goh Telupid, Gerai Tokou, Restoran 5Talk, Ava's books case, ABX Ekspress Telupid, Ranau Colour Inkjet, Bob Sound Telupid dan semua yang terlibat menjayakan program ini.
Beliau juga memuji para peserta dan ahli jawatankuasa pertandingan kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang pertandingan itu.
Commentaires