top of page

Lima rumah teres musnah terbakar di Lahad Datu

nabalunews



5 Disember 2024


LAHAD DATU: Lima rumah teras satu tingkat di Taman Aman 1, Jalan Silam, di sini, terbakar petang tadi.


Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hanya melibatkan kerosakan harta benda.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.31 petang.


Katanya, sepasukan 19 pegawai dan anggota bersama dua jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 6 kilometer dari balai.


"Operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran, empat pancutan dari sumber air pili bomba.


“Rumah pertama dan kedua terbakar sepenuhnya manakala sebuah lagi rumah persegi terbakar 50 peratus.


“Dua rumah masing-masing terbakar 20 peratus dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan oleh ketua operasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal jam 6.30 petang dan operasi bomba ditamatkan sepenuhnya jam 8.35 malam.


Punca kejadian masih dalam siasatan.


“Pemeriksaan dijalankan di sekitar kawasan memastikan tiada bahaya lain wujud, operasi ditamatkan pada jam 8.35 malam,” katanya.

תגובות


bottom of page