top of page

Longgokon bambu halang jambatan Kg.Inobong dibersihkan atas sumbangan Ewon

  • Wartawan Nabalu News
  • Feb 19, 2023
  • 1 min read
Billy Joe memantau kerja-kerja pembersihan di jambatan berkenaan.

19 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Longokan sisa kayu dan bambu yang menghalang laluan jambatan gantung di Kampung Tomposik Inobong akibat banjir baru-baru ini telah dibersihkan untuk keselesaan penduduk kampung.


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick berkata, beliau menerima aduan daripada penduduk kampung jambatan gantung di kampung itu tidak dapat dilalui.


Bertindak atas aduan itu, Ewon menyalurkan peruntukan segera untuk membersihkan longgokan kayu dan bambu yang menghalang laluan itu.


“Saya telah mengarahkan pegawai di Pusat Khidmat Parlimen Penampang untuk memotong dan membersihkan bambu yang menghalang laluan itu.


“Ini kerana jambatan gantung ini adalah keperluan utama dan laluan alternatif penduduk kampung dari Kg.Tomposik Inobong ke Kg.Kimoligan,” katanya.


Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri KUSKOP Billy Joe Dominik memantau pelaksanaan dan kerja-kerja membersihkan kawasan itu.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page