top of page

Lori masuk longkang, pemandu terselamat

  • nabalunews
  • Oct 31, 2024
  • 1 min read

31 Oktober 2024


LAHAD DATU: Seorang lelaki terselamat apabila lori 9 tan yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh ke dalam longkang sedalam 5 meter di Jalan Silam Batu 15 Silam di sini, petang kelmarin.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 7.56 petang.


Katanya sepasukan 9 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Lahad Datu

dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 23 kilometer dari balai.


"Kemalangan melibatkan sebuah lori 9 tan yang terbabas sendiri lalu terjatuh ke dalam longkang sedalam 5 meter.


"Terdapat seorang mangsa yang terlibat telah keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan pasukan bomba dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Pasukan bomba membuat pemeriksaan lanjut untuk memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya jam 8.43 malam.


Mangsa yang terselamat dikenali Jaslin Agansai, berusia 40an.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page