top of page
  • Wartawan Nabalu News

LPP, FAMA perlu selesaikan masalah kekurangan bekalan sayur - Mat Sabu


5 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, campur tangan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) adalah perlu bagi menyelesaikan masalah kekurangan bekalan sayur.


Mohamad Sabu menerusi satu hantaran Facebooknya, berkata bagi mengetahui maklumat dalam masa sebenar tentang situasi bekalan sayuran di negara ini, kementeriannya akan wujudkan sistem data raya.


Jelas belau, sistem itu bagi memantau jenis sayuran yang sedang ditanam, jumlah pengeluaran, lokasi pengeluaran, jumlah import dan eksport, jumlah permintaan dan kos pengeluaran.


"Melalui sistem ini kementerian dapat membuat unjuran dan persiapan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan.


"Saya bukanlah mahir dalam bidang IT (teknologi maklumat) tetapi jika saya boleh melihat ‘dashboard’ sistem itu melalui telefon pintar sahaja, bila-bila masa kita boleh membuat persiapan awal,” katanya.


Comments


bottom of page