- Farah Salim
Mahkamah Tinggi arah KDN daftar MUDA dalam tempoh 14 hari

14 Disember 2021
Oleh Farah Salim
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin supaya mendaftarkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam masa 14 hari serta membayar kos guaman sebanyak RM10,000.
Ini sekali gus menamatkan perjuangan pendaftaran parti baharu itu sejak September 2020.
Dalam mesej di Twitter rasmi Parti MUDA, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar semakan kehakiman selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) sebelum ini menolak permohonan mereka.
“Menteri mengatakan bahawa alasan MUDA ditolak kerana dikatakan ini akan menggalakkan anak muda menyertai protes jalanan.
“Peguam MUDA tegaskan bahawa protes jalanan adalah Hak dalam Perlembagaan,” menurut Twitter rasmi parti itu, hari ini.