top of page

Majlis Ramah Mesra sempena Krismas, 25 Dis, di Pusat Kebudayaan Penampang

  • Wartawan Nabalu News
  • Dec 23, 2022
  • 1 min read

23 Disember 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengalu-alukan orang ramai untuk hadir memeriahkan Majlis Ramah Mesra sempena Krismas, di Pusat Kebudayaan Penampang, pada 25 Disember ini, bermula jam 10.30 pagi hingga 2.30 petang.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, sambutan yang julung kalinya dianjurkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bertujuan mendekatkan agensi-agensi di bawah kementerian itu kepada rakyat Sabah khususnya Penampang.


“Pelbagai acara menarik disusun sempena sambutan itu, antaranya persembahan nyanyian lagu-lagu Krismas dan pameran pelbagai agensi di bawah KUSKOP.


“Adalah menjadi harapan saya supaya program seumpama ini menjadi satu permulaan yang baik ke arah merealisasikan agenda Kerajaan dalam mengukuhkan persefahaman dan perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum dan agama,” katanya.


Antara agensi di bawah KUSKOP yang terlibat dalam paneran ialah Bank Rakyat, SME Bank, TEKUN Nasional, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), IKMa, INSKEN, UDA Holdings Berhad, SME Corp. Malaysia, PERNAS dan Amanah Ikhtiat Malaysia (AIM).


Persembahan pentas pula melibatkan enam kumpulan koir iaitu Wanita UPKO Penampang, Belia St. Joseph Pogunon, Kumpulan Catholic Community Four (KCC4), Belia Gereja Katolik Madsiang, Kumpulan Koir Limbanak dan Our Lady Queen of Peace Catholic, Kobusak.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page