top of page
  • Farah Salim

Malaysia akan mengalami fasa peralihan monsoon mulai 14 Mac


11 Mac 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengalami fasa peralihan monsun bermula Isnin ini hingga pertengahan Mei, sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut yang bermula pada 3 Nov tahun lepas.


Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Helmi Abdullah berkata semasa fasa peralihan monsun, negara akan menerima angin lemah dari pelbagai arah yang sangat kondusif untuk kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dalam masa yang singkat.


“Kejadian ini akan berlaku kebanyakannya pada waktu petang dan awal malam di bahagian barat negeri Sabah, barat dan pedalaman Sarawak, serta kebanyakkan bahagian negeri pantai barat dan terpencil di semenanjung,,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Tambah Hellmi, keadaan cuaca juga boleh mencetuskan banjir kilat dan menyebabkan kerosakan pada struktur yang tidak stabil.


Beliau menggesa orang ramai supaya berhati-hati dalam tempoh ini dan kerap menyemak laman web rasmi jabatan di www.met.gov.my, aplikasi mudah alih myCuaca, atau platform media sosial MetMalaysia untuk ramalan cuaca dan maklumat terkini.

bottom of page