top of page

Malaysia catat prestasi cemerlang dalam peralihan tenaga, memudahcara perniagaan - PM

Wartawan Nabalu News

6 Oct 2023

Oleh Wartawan Nabalu News 


ABU DHABI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia telah mencatat kemajuan dalam usaha peralihan tenaga selain bertindak memudahcara aspek menjalankan perniagaan di negara ini.


Jelas Anwar, Malaysia muncul antara negara terawal di rantau Asia Tenggara yang menggerakkan usaha tenaga boleh baharu (TBB) dengan Sarawak sebagai hab tenaga utama dan membekalkan tenaga kepada ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan.


Beliau juga menyakinkan pemimpin industri bahawa Malaysia adalah sebuah negara mesra perniagaan, termasuk langkah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.


Anwar berkongsi perkara itu dengan kumpulan pemimpin industri pada sesi meja bulat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) di sini pada Khamis, dalam rangka lawatan kerja selama dua hari ke UAE mulai semalam.


"Kita perlu melakukan apa yang sewajarnya untuk berdaya saing agar ekonomi dan rakyat kita mendapat manfaat daripada dasar serta inisiatif berkenaan. 


"Apabila ke Malaysia, anda boleh saksikan sendiri perubahan berbanding pada lima, tiga atau dua tahun lepas," kata beliau.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page