top of page
  • Wartawan Nabalu News

Malaysia, Filipina jalin kerjasama perdagangan dan pelaburan, terokai potensi industri halal


27 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr dan delegasi masing-masing di ibu negara baru-baru ini.


Pertemuan itu bertujuan untuk meningkatkan hubungan dagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, khususnya dalam industri halal.


"Kami tekad agar kedua-dua negara memberi penekanan kepada isu perdagangan dan pelaburan yang mempunyai potensi besar ditingkatkan melalui kerjasama antara komuniti perniagaan Malaysia dan Filipina," kata Datuk Seri Anwar dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebooknya.


Tambah Anwar, beliau percaya adalah penting agar kedua-dua negara juga menerokai peluang ekonomi dalam industri halal sebagai usaha memperkukuhkan hubungan dagangan bersama.


"Dalam sidang media bersama, saya turut singgung kepentingan potensi industri halal berkaitan isu pensijilan halal sementelahan perlunya ada tindakan untuk memastikan supaya industri ini boleh menembusi pasaran ke Asia Barat," ujarnya.


Anwar juga menyatakan, Malaysia mengambil pengalaman akan tindakan Filipina meningkatkan sektor ekonomi pasca Covid-19 di bawah kepimpinan Presiden Marcos Jr dan ini akan mengukuhkan kolobrasi hubungan dagangan dua negara.


"Moga hubungan Malaysia-Filipina terus utuh dan kukuh dalam mendepani tantangan perubahan teknologi dan ketidaktentuan ekonomi global," katanya.

תגובות


bottom of page