top of page

Malaysia-India perluas kerjasama strategik pelbagai sektor

  • nabalunews
  • Jul 7, 2025
  • 1 min read

7 Julai 2025


KUALA LUMPUR: Malaysia dan India membincangkan usaha memperluas kerjasama strategik dua hala menerusi pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya, Narendra Modi, di Sidang Kemuncak BRICS ke-17 yang berlangsung di Brazil.


Anwar berkata, kedua-dua negara meneliti potensi besar dalam memperkukuh hubungan Malaysia dan India merangkumi pelbagai sektor seperti perdagangan, pelaburan, teknologi digital dan pertahanan.


“Saya turut mengalu-alukan minat syarikat-syarikat India untuk melabur dalam sektor-sektor masa hadapan di Malaysia seperti ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI), tenaga boleh baharu dan industri aeroangkasa,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


Dalam pertemuan itu, kedua-dua negara menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan antara rakyat menerusi kerjasama dalam bidang kebudayaan, pelancongan dan pendidikan.


“Salah satu inisiatif yang dibincangkan ialah cadangan penubuhan kampus Institut Teknologi India (IIT) di Malaysia yang bakal memperkaya ekosistem pendidikan tinggi negara,” katanya.


Dalam pada itu, kedua-dua pemimpin turut menegaskan kepentingan memastikan keamanan dan kestabilan serantau serta menyuarakan sokongan terhadap penyelesaian adil dan aman bagi isu-isu antarabangsa termasuk konflik di Palestin dan Jammu-Kashmir.


Malaysia turut menyambut baik usaha memperkukuh hubungan ASEAN dam India menjelang Sidang Kemuncak ASEAN–India yang dijadualkan berlangsung Oktober ini.


"Semoga hubungan erat Malaysia dan India terus berkembang demi manfaat dan kesejahteraan bersama rakyat kedua-dua negara," katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page