top of page
Writer's pictureJacquline Ebit

Malaysia Ke-6 tertinggi di dunia kes harian Covid per kapita


Sumber: CodeBlue

4 Ogos 2021

Oleh Jacquline Ebit


KUALA LUMPUR: Malaysia merupakan negara ke-6 di dunia merekodkan jumlah kes Covid-19 per kapita tertinggi selepas Fuji, Cuba, Bostwana, Georgia dan Cyprus.


Menurut laporan CodeBlue dalam laman webnya, Malaysia merekodkan 526.61 kes baharu Covid-19 per sejuta orang kelmarin (3 Ogos) berdasarkan purata tujuh hari iaitu rekod tertinggi berbanding jiran serantau Asia yang lain.


"Negara Asia lain merekodkan kes per kapita yang jauh lebih rendah berbanding Malaysia, Thailand di kedudukan kedua hanya merekodkan 56.56 kes per sejuta orang dan Indonesia ketiga dengan 134.10 kes per sejuta orang.


"Malaysia juga merupakan negara ke-12 dunia merekodkan kes mutlak Covid-19 kelmarin dengan 17,031 kes baharu berdasarkan purata tujuh hari,” menurut laman web itu.


Dari segi rekod kematian harian, Malaysia merupakan negara ke-17 di seluruh dunia merekodkan kes kematian per kapita.


"Sebanyak 5.25 kes kematian per sejuta orang direkodkan kelmarin berdasarkan purata tujuh hari di belakang Indonesia (6.30) dan Myanmar (6.640)," katanya.


Statistik tersebut adalah berdasarkan data Johns Hopkins University yang diterbitkan di Our World In Data.

Comentarios


bottom of page