top of page

Malaysia perbaharui MoU pengambilan pekerja asing dari India selepas 10 tahun

  • nabalunews
  • Aug 22, 2024
  • 1 min read

22 Ogos 2024


NEW DELHI: Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Sumber Manusia memperbaharui memorandum persefahaman (MoU) untuk pengambilan pekerja asing dari India.


Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, menjelaskan bahawa MoU asal telah luput pada tahun 2014, namun dalam tempoh 10 tahun ini, kira-kira 160,000 pekerja India telah memasuki Malaysia tanpa garis panduan pengambilan yang jelas.


"MoU ini akan menjadi panduan penting dalam pengambilan pekerja asing dari India, memastikan prosesnya lebih telus, adil, dan teratur. 


"Sebelum ini, tiada garis panduan yang kukuh antara kedua-dua negara," kata Steven kepada pemberita selepas lawatan tiga hari Perdana Menteri ke India. 


Beliau turut menegaskan bahawa MoU baharu ini tidak bertujuan membawa masuk lebih banyak pekerja asing kerana had maksimum telah ditetapkan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page