Mangsa banjir di Sabah meningkat, 9 PPS di buka
- nabalunews
- Apr 14
- 1 min read

14 April 2025
KOTA KINABALU: Seramai 794 mangsa daripada 233 keluarga ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah susulan banjir yang melanda di tiga daerah, setakat enam pagi tadi.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah berkenaan meningkat daripada 687 mangsa melibatkan 191 keluarga pada jam 4 petang semalam.
Menurut kenyataan berkenaan, Beaufort merupakan daerah terbaru dilanda banjir dengan satu PPS dibuka menempatkan 108 mangsa daripada 40 keluarga.

“Selain itu, seramai 467 mangsa daripada 119 keluarga ditempatkan di enam PPS di daerah Nabawan.
“Manakala, 219 mangsa melibatkan 74 keluarga ditempatkan di dua PPS di Keningau,” katanya.
Menurutnya, tren pemindahan ke PPS bagi daerah Nabawan dan Keningau kekal manakala daerah Beaufort menunjukkan peningkatan.
Comments