Mangsa banjir Kampung Pangkalan Bukit Garam, dibenarkan pulang
- nabalunews
- Feb 14
- 1 min read
Updated: Feb 14

13 Februari 2025
KINABATANGAN: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Garam, Kinabatangan ditutup sepenuhnya, hari ini, selepas beroperasi sejak tiga minggu lalu.
Jumlah terakhir yang masih ditempatkan di PPS berkenaan ialah seramai 62 penduduk terjejas bencana (PTB) melibatkan 14 ketua isi rumah (KIR).
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kinabatangan, Willey Lampaki berkata, penutupan PPS itu juga selaras dengan pandangan dan cadangan daripada Jawatankuasa Bencana Daerah Kinabatangan.

Katanya, keputusan itu juga dibuat hasil dari pemantauan serta pemeriksaan lapangan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
“Ia diputuskan selepas mendapati rumah PTB selamat diduduki semula dan operasi menghantar balik PTB ke rumah masing-masing dilaksanakan anggota pasukan penyelamat,” katanya.
Sementara itu, sebuah lagi penempatan yang masih beroperasi iaitu PPS Sukau masih menempatkan 107 PTB melibatkan 29 KIR.
Katanya, semua mangsa masih belum dibenarkan pulang ke rumah ekoran paras air Sungai Sukau masih pada paras tinggi.
Comments