Mangsa kebakaran di Kampung Lahanas terima bantuan peralatan membina rumah
- nabalunews
- Oct 24, 2024
- 1 min read

24 Oktober 2024
KOTA BELUD: Seorang penduduk Kampung Lahanas Sokid, Kadamaian, di sini, Garit Sompit yang kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran yang memusnahkan kediamannya pada petang 18 September lalu, menerima bantuan peralatan membina rumah dari Pemaju Masyarakat N11 Kadamaian, Clarence Somuil yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM).
Rumah Garit juga telah dilawati oleh Clarence bersama-sama dengan kakitangan Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian pada 21 September lalu.
Bantuan ini disampaikan kepada wakil penerima, Kudua Darisoh, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lahanas.
Tindakan pantas dari pihak yang terlibat menunjukkan keprihatinan terhadap mangsa kebakaran dan kesungguhan dalam membantu komuniti yang terjejas.
Comments