top of page

Mangsa ‘Scam' sindiket luar negara akan dibawa balik

  • Wartawan Nabalu News
  • Oct 10, 2023
  • 1 min read

10 Okt 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan akan terus berusaha untuk membawa balik rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan atau 'scam' di luar negara.


Beliau berkata, kerajaan sedang berusaha mengesan mereka yang terperangkap dengan tawaran kerja yang tidak masuk akal.


"Ini saya hendak beri peringatan pada rakyat Malaysia. Kalau ada sahaja tawaran dengan gaji lumayan dan tidak bersesuaian dengan kelayakan, kita patut ragu-ragu.


“Jangan kita terpikat dan terpedaya dengan gaji lumayan untuk kerja di luar negara, akhirnya terperangkap (scam)," katanya.


Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada polis Republik Peru yang telah menyelamatkan 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam.


Menurut Wisma Putra, kesemua rakyat Malaysia itu diselamatkan dalam satu serbuan di sebuah rumah di La Molina, Lima pada 7 Oktober lalu.


Beliau sebelum itu merasmikan Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) di Kota Bharu.



 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page