Maritim Malaysia bantu bayi berusia tiga hari dapatkan rawatan kecemasan di Kudat
- Wartawan Nabalu News
- Jul 17, 2024
- 1 min read

17 Julai 2024
KUDAT : Seorang bayi lelaki berusia tiga hari yang memerlukan rawatan segera setelah mengalami demam dan berisiko mendapat jangkitan selaput otak dan serangan sawan dikejarkan ke Hospital Kudat dengan bantuan aset
laut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat, semalam.
Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, misi bantuan Medical Evacuation (MEDEVAC) itu dilaksanakan oleh aset ronda Zon Maritim Kudat iaitu BOT HALILINTAR 02 setelah menerima panggilan daripada Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Karakit, Pulau Banggi kira-kira jam 3.00 petang semalam.
"Bayi berkenaan, Mohd Adwa Faiq Salleh mengalami demam dan berisiko mendapat jangkitan selaput otak dan serangan sawan perlu mendapatkan rawatan segera di Hospital
Kudat.
"Bayi berkenaan diiringi ibunya dan tiga orang staf kesihatan tiba di Jeti Marina, Kudat kira-kira jan 5.00 petang, seterusnya dipindahkan ke ambulans untuk dikejarkan ke Hospital Kudat bagi mendapatkan rawatan kecemasan.
"Adwa dilaporkan masih lagi mendapatkan rawatan lanjut dan diberikan pemantauan rapi sehingga keadaannya stabil," kata Maurice dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya orang ramai boleh melaporkan sebarang aduan, maklumat atau insiden kecemasan di laut
ke Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.















Comments