MASA OPERASI SEKTOR PERNIAGAAN, PERKHIDMATAN DIKEMASKINI DARI JAM 7 PAGI - 7 MALAM

7 Jun 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengambil perhatian terhadap maklum balas daripada pelbagai pihak dan mengemaskini masa operasi sektor perniagaan dan perkhidmatan hari ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, masa operasi perniagaan bagi Restoran, café, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja, medan selera, serbaneka, perkhidmatan penghantaran makanan, pembelian makanan secara bawa pulang dan pandu lalu dari jam 7 pagi hingga 7 malam.
Beliau berkata, pasar raya pasar besar yang mempunyai seksyen makanan dan minuman serta keperluan asas, kedai farmasi dan klinik, kedai penjagaan diri, hardware, elektrik dan elektronik serta kedai runcit juga dari jam 7 pagi hingga 7 malam.
“Begitu juga dengan dobi, kedai penjagaan haiwan, kedai cermin mata, bengkel kenderaan, kedai buku, pusat pengedaran dan penjualan kereta, pusat khidmat cucian kereta dan kedai menjual telefon dari jam 7 pagi hingga 7 malam.
“Sebelum ini masa operasi yang ditetapkan untuk perniagaan berkenaan ialah dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini hari ini.
Bagaimanapun Masidi berkata, masa operasi bagi pasar awam dan pasar harian dikekalkan dari jam 6.00 pagi hingga 3.00 petang.
Beliau berkata, stesen minyak dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam. Masa operasi bagi institusi kewangan dan perbankan pula dari dam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Comments