top of page

MASIH BANYAK PERKAMPUNGAN TERPERANGKAP DALAM HUTAN SIMPAN: EWON

Wartawan Nabalu News


16 Nov 2020

Oleh Wartwan Nabalu News

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick berkata, masih banyak kampung di negeri ini yang terperangkap dalam hutan simpan, kawasan sempadan Taman-Taman Sabah dan dalam kawasan konsesi syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat korporat.

Sehubungan itu beliau mengalu-alukan komitmen kerajaan negeri meneruskan dasar mengeluarkan perkampungan Orang Asal daripada kawasan hutan simpan dan konsesi syarikat seterusnya menyukat tanah mereka di bawah Program Khas Pengukuran Tanah Anak Negeri (PANTAS).

Katanya, Program PANTAS ini juga perlu diperluaskan di kawasan berkecerunan tinggi melebihi 25 darjah bagi membolehkan petani-petani bukit memiliki geran tanah.

“Saya menyokong segala usaha menambahbaik dan memperkasakan urustadbir tanah di Sabah sepertimana dilakukan oleh Kerajaan Negeri pimpinan Adun Senallang sebelum ini yang melantik Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) di kesemua pejabat daerah di seluruh Sabah.

“Ini sekaligus membolehkan pegawai daerah mempunyai fokus yang lebih besar kepada urustadbir pembangunan, kebajikan rakyat dan urusetia Kerajaan.

“Ini termasuklah dasar membubarkan hutan simpan bagi membolehkan perkampungan Orang Asal yang terperangkap dapat diwartakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini, hari ini.

Beliau berkata, di kawasan Kadamaian, masih banyak perkampungan yang berhadapan dengan masalah pemilikan geran tanah. Justeru itu beliau mengalu-alukan hasrat Kerajaan memperluaskan Program PANTAS.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page