top of page

Mayat ditemui di kaki lima selepas 'bunyi jatuh kuat' di Sandakan

  • nabalunews
  • Aug 27, 2024
  • 1 min read

27 Ogos 2024


SANDAKAN: Mayat seorang lelaki tempatan berumur 46 tahun yang disyaki jatuh dari tempat tinggi, ditemui di atas ruang pejalan kaki luar bangunan Harbour Mall Sandakan oleh orang awam pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner (ACP) Abdul Fuad Abdul Malek berkata siasatan awal polis mendapati si mati masuk ke tempat meletak kenderaan pusat membeli belah tersebut pada jam lebih kurang 1.30 pagi di aras 7 dan meletakkan kenderaannya di situ.


“Menurut info, pada jam 3.40 pagi seorang saksi awam yang sedang meletakkan kenderaannya berhampiran bangunan Harbour Mall terdengar bunyi jatuh yang kuat dari tempat tinggi bersebelahan dengan kenderaannya.


“Saksi tersebut kemudiannya keluar dari kenderaan dan mendapati mayat si mati dalam keadaan terlentang berhampiran kenderaannya."


Jelas Abdul Fuad lagi, siasatan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut kerana tidak terkesan sebarang unsur jenayah dan khianat dalam siasatan setakat ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page