Mayat lelaki ditemui tergantung di tangga
24 September 2024
KOTA BELUD: Satu mayat lelaki ditemui dalam keadaan tergantung di tangga bangunan Plaza Alap Bana di sini, awal pagi tadi.
Mayat lelaki warga Filipina berusia 24 tahun itu ditemui orang awam sebelum menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud, pada 5.58 pagi.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati lelaki ditemui tergantung di tangga blok C bangunan berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kota Belud sebaik pemeriksaan dijalankan di lokasi kejadian.
“Siasatan lanjut di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahrudin berkata, lelaki terbabit disyaki membunuh diri dengan cara menjerut leher.
“Punca kejadian dipercayai lelaki itu mengalami masalah peribadi.
“Kes diklasifikasi sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.
Comentarios