Mayat lelaki reput ditemui
- nabalunews
- Feb 3
- 1 min read

2 Februari 2025
Oleh : Wartawan Nabalu News
SANDAKAN: Titisan darah dan bau busuk dari rumah jiran membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di sebuah rumah di Sri Taman, Batu 3, di sini, pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan K.Ramasamy berkata, sebaik menerima memaklumkan daripada jiran, ahli keluarga mangsa terus membuat laporan polis kira-kira jam 11.30 pagi.
Katanya, bertindak atas laporan itu, sepasukan polis tiba di lokasi kejadian dan mendapati bau busuk datang dari dalam rumah berkenaan.
“Polis terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba untuk membuka pintu jeriji besi yang berkunci.
“Sebaik berjaya masuk ke dalam rumah, polis menemui mayat lelaki di bilik rumah dalam keadaan terbaring dan sudah mula mereput,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Ramasamy berkata, hasil siasatan awal polis mendapati, mangsa adalah seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun dan tinggal seorang diri sejak 2019.
“Siasatan polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan khianat. Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut
“Mayat mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess Of Kent (HDOK) untuk proses bedah siasat,” katanya.
Comentarios