top of page

MCMC naik taraf menara komunikasi tangani masalah internet Kg.Pangi Tenom

  • Writer: Marryan Razan
    Marryan Razan
  • Aug 24, 2021
  • 1 min read

Pegawai MCMC dari Cawangan Keningau, Moris Miting (dua kanan) bersama wakil penyedia perkhidmatan mengadakan pertemuan dengan penduduk dan guru SK Kg.Pangi.

24 Ogos 2021 Oleh Marryan Razan KOTA KINABALU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menaiktaraf menara komunikasi kawasan Kampung Pangi Tenom bagi menangani masalah capaian internet di kampung itu. Menurut kenyataan Jabatan Komunikasi Korporat MCMC kerja-kerja menaik taraf menara komunikasi berkenaan dijangka siap pada April 2022. “MCMC mempunyai perancangan jangka panjang untuk menangani masalah capaian Internet di kawasan Kg. Pangi, apabila sebuah menara komunikasi yang terletak kira-kira 0.17km dari Sekolah Kebangsaan Kg.Pangi akan dinaik taraf untuk memberikan perkhidmatan 4G/LTE,” katanya. Pada 12 Ogos lalu Astro Awani melaporkan aduan liputan Internet di Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom. Sehubungan itu, pihak MCMC dari cawangan Keningau bersama wakil penyedia perkhidmatan mengadakan lawatan ke lokasi aduan pada 19 Ogos lalu. “Hasil lawatan tersebut mendapati, wujud masalah pada sistem transmisi satelit Very Small Aperture Terminal (VSAT) di menara komunikasi berdekatan.

“Oleh itu, MCMC telah mengarahkan pihak penyedia perkhidmatan berkenaan untuk mengatasi masalah tersebut dengan kadar segera bagi memastikan penduduk dan pelajar di Kg. Pangi dapat menikmati kembali liputan telekomunikasi yang lebih baik sekaligus memudahkan urusan seharian mereka,” kata kenyataan itu. Di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), sebanyak 28 buah menara baharu akan dibina di Tenom dan kerja-kerja pembinaan menara baharu itu dijangka bermula pada suku terakhir 2021 dan siap secara berperingkat pada Disember 2022. Sementara itu, bermula April lalu sebanyak 62 stesen pemancar sedia ada sedang dinaik taraf perkhidmatannya kepada 4G/LTE. “Daripada jumlah tersebut, sebanyak 13 stesen pemancar telah siap dinaik taraf setakat ini. Tambahan pula, dua kawasan di daerah ini juga akan mendapat liputan Internet melalui projek Jalur Lebar Satelit. “Tindakan-tindakan yang telah diambil akan membawa capaian Internet yang lebih menyeluruh kepada penduduk di Kg. Pangi,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page