MCMC tegaskan kerajaan tidak pernah buat ketetapan naikkan umur persaraan kepada 65 tahun
23 Ogos 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan dakwaan bahawa kerajaan akan menetapkan umur persaraan kepada 65 tahun sebagaimana yang tersebar di media sosial baru-baru ini.
Menurut MCMC, perkara itu ditularkan berdasarkan artikel sebuah akhbar tempatan yang memetik pandangan seorang profesor, dan bukannya kenyataan rasmi kerajaan.
"Ia hanya pandangan seorang profesor dan bukannya kenyataan rasmi kerajaan," kata MCMC melalui portal sebenarnya.my.
Artikel yang dimaksudkan itu diterbitkan pada 11 April lepas mendakwa Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) menjangkakan had usia persaraan Malaysia akan dinaikkan daripada 60 ke 65 tahun dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Artikel itu mendakwa bahawa persaraan wajib di Malaysia yang ditetapkan pada usia 60 tahun secara relatifnya lebih rendah berbanding negara lain, contohnya di Jepun yang ditetapkan pada umur 65 tahun.
Comments