top of page

MEDEVAC MARITIM MALAYSIA BANTU PESAKIT

  • nabalunews
  • Mar 21
  • 1 min read


21 Mac 2025


KUDAT: Seorang pesakit memerlukan rawatan lanjut di Klinik Kesihatan Karakit, Pulau Banggi, dibawa ke Hospital Kudat dengan bantuan aset laut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat, petang tadi.


Pengarahnya, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, misi bantuan Medical

Evacuation (MEDEVAC) itu dilaksanakan aset ronda Zon Maritim Kudat.


Katanya, ia selepas pihaknya menerima panggilan daripada Pegawai Perubatan Klinik

Kesihatan Karakit, Pulau Banggi kira-kira jam 4 petang tadi.



“Pesakit, Siti Raniah Osman berusia 75 tahun yang mengalami demam malaria dan

kencing manis perlu mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kudat dengan kadar segera.


“Pesakit diiringi anaknya dan seorang staf kesihatan tiba di Jeti Marina, Kudat pada jam 6.20 petang.


“Mangsa kemudiannya dipindahkan ke ambulans untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Kudat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.



Menurutnya, warga emas terbabit dilaporkan masih lagi mendapatkan rawatan lanjut sehingga keadaan kembali stabil.


Sehubungan itu, Hasbullah berkata, pihak Maritim Malaysia akan terus komited membantu komuniti maritim.


Katanya, sebarang aduan, maklumat atau insiden kecemasan di laut boleh disalurkan ke Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858 atau kecemasan 999 untuk

maklum balas segera.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page