top of page
  • Wartawan Nabalu News

MENARA KOMUNIKASI DI KG. BAMBAN DALAM PEMBINAAN, ATASI MASALAH INTERNET DI TENOM


Gambar Hiasan

26 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sebuah menara komunikasi di Kampung Bamban Tenom dalam proses pembinaan dan dijangka siap April 2022.


Menurut kenyataan Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini, selain itu sebuah lagi menara komunikasi baharu akan dibina berdekatan Kampung Batu 14, pada tahun 2022.


Beliau berkata, pembinaan menara komunikasi di bawah inisiatif pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) itu akan dimulakan awal tahun 2022.


“Pembinaan kedua-dua menara komunikasi tersebut dijangka dapat mempertingkatkan liputan capaian Internet di kawasan berkenaan selain membolehkan para penduduk menjalankan aktiviti seharian dengan lancar,” katanya.


Kenyataan itu susulan laporan Bernama pada Khamis lepas (24 Jun) mengenai beberapa orang guru di sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Tenom memandu sejauh 40 kilometer ke kampung anak muridnya di Kampung Bamban dan Kampung Batu 14 untuk menghantar bahan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kerana capaian internet yang lemah.


“MCMC ingin memaklumkan bahawa pelbagai langkah kini giat diambil bagi menangani masalah yang dihadapi.


“Pihak MCMC telah pun mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan berkenaan di mana sebuah menara komunikasi sedang dalam proses pembinaan di Kg. Bamban yang dijangka siap April 2022.


“Sebuah lagi menara komunikasi baharu akan dibina berdekatan Kg. Batu 14. Pembinaan kedua-dua menara komunikasi tersebut dijangka dapat mempertingkatkan liputan capaian Internet di kawasan yang dimaksudkan," katanya.

Comments


bottom of page