top of page

Mengamuk Bawa Pisau

  • nabalunews
  • Aug 6, 2025
  • 1 min read

6 Ogos 2025


TAWAU: Seorang lelaki ditahan polis selepas dikesan mengamuk sambil membawa sebilah pisau dalam kejadian di kawasan Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 12.55 tengah malam itu, warga asing berusia 30-an berjaya ditahan anggota dari Unit Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari bilik kawalan IPD Tawau sebelum pasukan MPV digerakkan ke lokasi kejadian.

"Suspek berjaya ditahan di luar sebuah rumah bersama pisau sepanjang kira-kira 24.5 sentimeter yang digunakan dalam kejadian itu.


"Semakan mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau namun gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurutnya, suspek kini ditahan di IPD Tawau dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di kawasan masing-masing bagi membantu mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page